EMBRIOLOGI; PERINGKAT-PERINGKAT EMBRIO

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ . ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ . ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dari saripati dari tanah . Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian Kami ciptakan air mani (menjadi) gumpalan darah, lalu Kami ciptakan gumpalan darah (menjadi ) segumpal daging, kemudian Kami ciptakan segumpal daging (menjadi) tulang, lalu Kami bungkus tulang (dengan) daging, kemudian Kami menjadikanya makhluk (yang berbentuk) lain, maka Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. ( Al-Mu’minuun : 12 – 14 ) Dalam ayat Al-Qur’an ini Allah menyatakan bahawa manusia dijadikan dari suatu kuantiti kecil cecair yang ditempatkan dalam suatu tempat bersemadi, yang tetap teguh (terlindung atau terselamat), yang mana menggunakan perkataan Arab qaraarin makiin, Rahim tersebut terlindung dengan baik di sebelah belakangnya oleh tulang belakang yang disokong dengan mantap oleh otot-otot belakang. Embrio tersebut tambahan lagi dilindungi oleh karung ketuban (amniotic sac) yang mengandungi cecair amniotic. Oleh itu janin tersebut berada pada tempat persemadian yang terkawal dengan baik. Suatu kuantiti kecil cecair ini kemudiannya dijadikan alaqah, iaitu sesuatu yang menyangkut, atau suatu bahan berbentuk seperti seekor pacat. Kedua-dua penjelasan bentuk ini diterima secara saintifik di mana pada peringkat awal janin tersebut menyangkut pada dinding rahim, dan menyerupai bentuk seekor pacat. Ia juga berkelakuan seperti seekor pacat (penghisap darah) dan memperolehi bekalan darah daripada ibunya melalui plasenta. Maksud ketiga bagi perkataan alaqah ialah segumpal darah beku. Semasa peringkat alaqah ini, iaitu pada minggu ketiga dan keempat kandungan, darah tersebut membeku/menggumpal dalam saluran-saluran tertutup. Dengan itu embrio memperolehi bentuk seperti suatu gumpalan darah, dan juga berbentuk seperti se ekor pacat. Dalam tahun 1677, Hamm dan Leeuwenhoek merupakan saintis yang pertama sekali membuat pemerhatian sel sperma manusia (spermatozoon) menggunakan mikroskop. Mereka menganggap bahawa suatu sel sperma mengandungi suatu manusia terhalus yang membesar dalam rahim ibu untuk membentuk seorang bayi. Ini dipanggil sebagai teori perforasi (perforation theory). Apabila saintis menemui bahawa ovum adalah lebih besar daripada sperma. De Graf dan lain-lain saintis menganggap janin ujud dalam bentuk yang tersangat kecil dalam ovum. Selepas itu dalam abad ke 18 , Maupertuis mewarwarkan teori warisan biparental. Alaqah kemudiannya bertukar menjadi mudghah, yang bermaksud ‘sesuatu yang dikunyah ( mempunyai kesan gigitan)’ dan sesuatu yang melekit dan kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulut seperti gam. Kedua-dua penjelasan ini secara saintifiknya adalah betul. Prof. Keith Moore telah mengambil sekeping pelekat plaster dan membentukkannya mengikut saiz dan bentuk janin pada peringkat awal, dan kemudian mengunyahnya di antara giginya untuk membentukkannya seperti ‘Mudgha’. Beliau membandingkan bentuk tersebut dengan gambar-gambar janin pada peringkat awal. Kesan-kesan gigitan tersebut menyerupai ‘somites’ iaitu peringkat awal pembentukan tulang belakang. Mudghah ini akan bertukar menjadi tulang-tulang (izaam). Tulang-tulang ini disaluti dengan daging berkeadaan baik atau otot-otot (lahm). Kemudian Allah menukarkannya menjadi makhluk yang lain. Prof. Marshall Johnson adalah seorang saintis terkemuka di Amerika Syarikat dan Ketua Jabatan Anatomi dan Pengarah Institiut Daniel di Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia. Beliau telah diminta memberi komentarnya ke atas ayat-ayat Al-Qur’an yang berkaitan dengan embriologi. Beliau menyebut bahawa ayat-ayat Al-Qur’an yang menerangkan mengenai peringkat-peringkat embriologikal tidak mungkin ianya secara kebetulan. Beliau berkata mungkin Muhammad SAW mempunyai mikroskop berkuasa tinggi.Apabila diingatkan bahawa Al-Qur’an telah diturunkan 1400 tahun yang lalu, pada hal mikroskop hanya dicipta selepas zaman Nabi Muhammad SAW, Prof. Johnson ketawa dan mengakui bahawa mikroskop pertama yang diciptakan pun tidak berupaya memperbesarkan imej melebehi 10 kali ganda dan tidak dapat memberikan gambar yang terang. Kemudian beliau berkata: “Saya tidak dapat melihat sebarang percanggahan dengan konsep bahawa pengaruh campurtangan Ilahi apabila Muhammad SAW membaca Al-Qur’an.” Menurut Dr.Keith Moore , klasifikasi moden bagi peringkat pertumbuhan embrio yang diterimapakai oleh seluruh dunia, tidak mudah difahami kerana ia menentukan peringkat-peringkat tersebut secara numerical, iaitu peringkat 1, peringkat 2 dan seterusnya. Tetapi pembahagian yang diterangkan oleh Al-Qur’an pula berdasarkan bentuk yang jelas dan boleh ditentukan pada setiap peringkat pertumbuhan embrio. Ia berdasarkan kepada peringkat-peringkat yang berlainan bagi pertumbuhan sebelum kelahiran bayi (prenatal) dan ia memberikan penjelasan saintifik yang anggun , mudah difahami dan praktikal. Peringkat-peringkat pertumbuhan embriologikal manusia ini juga diterangkan dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang berikut: أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِيٍّ يُمْنَى . ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّى . فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى Bukankah dia dahulunya (adalah) setitis dari air mani (yang) ditumpahkan (dirahim). Kemudian ia menjadi segumpal darah lalu Allah ciptakan (manusia) lalu Dia sempurnakan (bentuknya). Lalu Dia jadikan darinya sepasang (iaitu) lelaki dan perempuan. ( Al-Qiyaamah : 37 – 39 ) الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ . فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاء رَكَّبَكَ Yang Dia telah menciptakan kamu lalu Dia menyempurnakan kamu lalu Dia menjadikan kamu seimbang . ( Al-Infithaar : 7 – 8 )

No comments:

Post a Comment