EMBRIOLOGI; MANUSIA DIJADIKAN DARI SATU TITISAN YANG DIKELUARKAN DARI BAHAGIAN ANTARA TULANG BELAKANG DAN TULANG DADA
فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ . خُلِقَ مِن مَّاء دَافِقٍ . يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
Maka hendaknya memerhatikan (oleh) manusia dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar. Ia keluar dari antara tulang sulbi (tulang belakang) dan tulang dada. (Ath-Thaariq : 5-7)
Pada peringkat embrio, organ-organ pembiakan lelaki dan perempuan, iaitu testis dan ovarium, pertumbuhannya bermula berhampiran buah pinggang di antara tulang belakang dan tulang dada kesebelas dan keduabelas. Selepas itu ia akan berganjak; gonad perempuan (ovarium) berhenti di pinggul (pelvis), manakala gonad lelaki (testis) terus berganjak sebelum kelahiran sehingga sampai skrotum melalui kanalis inguinalis (inguinal canal). Malah semasa dewasa selepas anjakan organ pembiakan, organ ini menerima bekalan saraf dan bekalan darah dari aota abdomen (Abdominal Aorta), yang mana terletak di antara tulang belakang dan tulang dada. Malah saluran limpa (lymphatic drainage) dan saluran nadi (venous return) melalui kawasan yang sama.
MANUSIA DIJADIKAN DARI NUTFAH (KUANTITI CECAIR YANG SANGAT SEDIKIT)
-Qur’an Al-Karim menyatakan tidak kurang dari sebelas kali bahawa manusia dicipta dari nutfah, yang mana bermaksud kuantiti cecair yang sangat sedikit atau satu titisan cecair yang tertinggal selepas sebuah cawan dikosongkan. Perkara ini dinyatakan dalam beberapa ayat Al-Qur’an termasuk Al-Hajj : 5 dan Al-Mu’minuun : 13, (juga pada ayat An-Nahl : 4, Al-Kahf : 37, Faathir : 11, Yaasiin : 77, Al-Mu’min : 67, An-Najm : 46, Al-Qiyaamah : 37, Al-Insaan : 2, dan ‘Abassa : 19 ).
Ilmu sains masakini telah membuktikan bahawa hanya satu sahaja daripada purata tiga juta sperma diperlukan untuk menyuburkan ovum. Ini bermakna 1/3,000,000 bahagian atau 0.00003% dari kuantiti sperma yang dikeluarkan perlu bagi penyuburan/permanian.
MANUSIA DIJADIKAN DARI SULALAH ( SARIPATI CECAIR)
ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاء مَّهِينٍ
Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati dari air yang hina. ( As-Sajdah : 8 )
Perkataan Arab sulaalah bermaksud saripati atau bahagian yang terbaik antara kesemuanya. Kini kita semua mengetahui bahawa hanya satu sahaja spermatozoon dari berjuta yang dikeluarkan oleh seorang lelaki yang dapat menembusi ovum bagi tujuan penyuburan. Satu spermatozoon dari bilangan berjuta ini dinyatakan dalam Al-Qur’an sebagai sulaalah. Sulaalah juga bermaksud sari yang lembut dari suatu cecair.Cecair ini adalah cecair germinal bagi lelaki dan perempuan yang mengandungi gamet. Kedua-dua ovum dan sperma ini disaring dengan lembut dari persekitaran mereka dalam proses pernyuburan/permanian.
MANUSIA DIJADIKAN DARI NUTFATUN AMSHAAJ (CECAIR YANG BERCAMPUR )
Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ
Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari (setitis) mani (yang) bercampur-campur..( Al-Insaan : 2 )
Perkataan Arab nutfatin amshaajin bermaksud cecair-cecair yang bercampur. Mengikut sebahagian dari pentafsir Al-Qur’an, cecair-cecair yang bercampur ini adalah agen atau cecair dari lelaki dan perempuan. Selepas percampuran gamet dan gamet perempuan, zigot yang terhasil masih tetap sebagai nutfah. Cecair-cecair yang bercampur ini boleh juga dimaksudkan sebagai cecair sperma yang terhasil dari pelbagai perembesan yang datangnya dari pelbagai kelenjar.
Oleh itu perkataan nutfatin amshaaj iaitu suatu percampuran cecair-cecair yang sangat sedikit kuantitinya adalah merujuk kepada percampuran gamet lelaki dan perempuan (cecair-cecair atau sel-sel germinal ) dan ianya sebahagian dari cecair-cecair di persekitarannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment